Wednesday, 27 February 2019

Al-Imran Ayat 110

4.3.110
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 110:
 

Ringkasan tafsir;
Ayat ini pada awalnya ditujukan kepada ahli kitab, adakah kamu sebaik-baik umat yang dibangkitkan bagi manusia supaya kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan kamu melarang berbuat kejahatan serta percaya kepada Allah ? “, sedangkan hanya segelintir dari kalangan kamu yang beriman kepada Allah dan sebahagian besar yang lain didalam keadaan kufur tenggelam didalam kejahatan dan tidak ada diantara mereka yang menyuruh kaumnya berbuat kebajikan dan menegah dari kejahatan serta tidak pula beriman dengan Allah sebenar-benar iman.


Sekiranya ahli kitab beriman dengan sebenar-benar iman yang tertanam didalam hati mereka dan sebati dengan jiwa mereka sebagaimana keimanan orang-orang mukmin, maka yang demikian itu amatlah baik dan akan mendapat ketinggian darjat didunia dan pahala diakhirat dan masuk syurga kekal selamanya.


Adapun kebenaran tentang Umat Islam adalah sebaik-baik umat adalah didalam pengetahuan Allah jua yang merupakan benar-benar menjadi kenyataan pada masa lalu betapa teguhnya umat Islam yang memegang peraturan yang menjadi syarat mutlak untuk sampai kedarjat ketaraf sebaik-baik umat. 


TETAPI malangnya pada hari demi hari, peraturan dan syarat itu dilonggarkan, diperkecilkan, dipermudah-mudahkan, diabaikan, dicuaikan dan ditinggalkan, maka umat ini semakin lama semakin merosot. Kemerosotan ini adalah dipelupuri oleh pembesar dan ulamak yang memegang tapuk pemerintahan telah bermaharajalela didalam maksiat dan kederhakaan kepada Allah sehingga buncit perutnya, perkara ini berlaku apabila bermula kebangkitan kerajaan Bani Umaiyah yang leka dan terus membuat kederhakaan sehinggalah lucutlah pemerintahan kerajaan mereka dan lucutlah keisteimwaan mereka dimasa itu.


Pada hari ini pula, amatlah jelas kepada kaum Arab disemananjung Negara Arab  telah mula berpecah dikalangan mereka dan berperang sesama sendiri bagi menegak idiologi masing-masing yang semuanya adalah menurut hawa nafsu mereka untuk mendapat kekayaan. Dan lihatlah betapa dahsyat dan hancur satu demi satu Negara Arab dan tumbang tershunkur ketanah kerana engkar dengan ayat AlQuran dan melanggar perintah Allah.


[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Khatam Juzuk4, Surah3
Terjemahan,
101~110,

[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8      
Ulasan surah 3;  
[GS]   
https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1


Thursday, 8 November 2018

Al-Baqarah Ayat 262

3.2.262
Juz:
3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 262:
.

Ringkasan tafsir;
Dan bersambung dari ayat diatas (261).

Jika sekiranya membelanjakan hartanya kepada kebajikan dengan menderma dan bersedekah, maka janganlah membangkitkan, mengupat atau menyakiti perasaan orang menerima sedekah. Sesungguhnya Allah akan menyediakan bagi nya pahala akhirat dan tidak berasa takut dihari kiamat kelak dan tiada berdukacita diatas muka bumi ini.


[previous] [next] [home]

.

.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah2
Terjemahan, 261~270,
 [GS] https://sites.google.com/site/45galas/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     



Thursday, 4 August 2016

Surah AlBaqaran (214)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 214:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini diturunkan apabila kaum muslimin di Madinah yang telah dikepung oleh orang kafir yang terdiri dari suku-suku Arab, orang Yahudi dan munafik Madinah dalam peperangan Ahzab. Dan orang muslimin di Madinah merasa gementar ketakutan, dan sahut salah seorang mukmin “bilakah akan datang pertolongan Allah”, maka Allah berfirman “maka ketahuilah bahawa pertolongan Allah hampir akan tiba”.

Allah berkata kepada mereka bahawa bukan senang untuk masuk syurga tanpa sebarang dugaan dan cubaan daripada Allah seperti berlaku pada Muslimin dipeperangan Azhab, walau bagaimana pun Nabi Muhammd diberi ilham untuk menggali longkang besar disekeliling kota Madinah untuk menahan rempuhan musuh bagi menghalang musuh memasuki kota Madinah.


Dalam peperangan Ahzab itu, Allah memperkenankan harapan orang Mukmin yang tabah hati dan teguh pendirian menghadapi dugaan derita kerana menegak kebenaran, maka tentera kafir itu telah bertelagah antara satu sama lain dan dalam masa yang sama Allah turunkan angin ribut hujan lebat dengan petir sabung menyabung sehingga tentera musuh itu punah ranah dan melarikan diri berundur menyelamatkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.
.
.
.

.

[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[g+] https://plus.google.com/103974827381806267338/posts/fZDSXywkQAD
[fb] https://www.facebook.com/KURSI.Rayyan/posts/1043181505778342


.