Thursday 4 August 2016

Surah AlBaqaran (214)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 214:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini diturunkan apabila kaum muslimin di Madinah yang telah dikepung oleh orang kafir yang terdiri dari suku-suku Arab, orang Yahudi dan munafik Madinah dalam peperangan Ahzab. Dan orang muslimin di Madinah merasa gementar ketakutan, dan sahut salah seorang mukmin “bilakah akan datang pertolongan Allah”, maka Allah berfirman “maka ketahuilah bahawa pertolongan Allah hampir akan tiba”.

Allah berkata kepada mereka bahawa bukan senang untuk masuk syurga tanpa sebarang dugaan dan cubaan daripada Allah seperti berlaku pada Muslimin dipeperangan Azhab, walau bagaimana pun Nabi Muhammd diberi ilham untuk menggali longkang besar disekeliling kota Madinah untuk menahan rempuhan musuh bagi menghalang musuh memasuki kota Madinah.


Dalam peperangan Ahzab itu, Allah memperkenankan harapan orang Mukmin yang tabah hati dan teguh pendirian menghadapi dugaan derita kerana menegak kebenaran, maka tentera kafir itu telah bertelagah antara satu sama lain dan dalam masa yang sama Allah turunkan angin ribut hujan lebat dengan petir sabung menyabung sehingga tentera musuh itu punah ranah dan melarikan diri berundur menyelamatkan diri dengan ketakutan yang amat sangat.
.
.
.

.

[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[g+] https://plus.google.com/103974827381806267338/posts/fZDSXywkQAD
[fb] https://www.facebook.com/KURSI.Rayyan/posts/1043181505778342


.