4.3.110
Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 110:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
pada awalnya ditujukan kepada ahli kitab, adakah kamu sebaik-baik umat yang
dibangkitkan bagi manusia supaya kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan kamu
melarang berbuat kejahatan serta percaya kepada Allah ? “, sedangkan hanya
segelintir dari kalangan kamu yang beriman kepada Allah dan sebahagian besar yang
lain didalam keadaan kufur tenggelam didalam kejahatan dan tidak ada diantara
mereka yang menyuruh kaumnya berbuat kebajikan dan menegah dari kejahatan serta
tidak pula beriman dengan Allah sebenar-benar iman.
Sekiranya
ahli kitab beriman dengan sebenar-benar iman yang tertanam didalam hati mereka
dan sebati dengan jiwa mereka sebagaimana keimanan orang-orang mukmin, maka
yang demikian itu amatlah baik dan akan mendapat ketinggian darjat didunia dan
pahala diakhirat dan masuk syurga kekal selamanya.
Adapun
kebenaran tentang Umat Islam adalah sebaik-baik umat adalah didalam pengetahuan
Allah jua yang merupakan benar-benar menjadi kenyataan pada masa lalu betapa
teguhnya umat Islam yang memegang peraturan yang menjadi syarat mutlak untuk
sampai kedarjat ketaraf sebaik-baik umat.
TETAPI
malangnya pada hari demi hari, peraturan dan syarat itu dilonggarkan,
diperkecilkan, dipermudah-mudahkan, diabaikan, dicuaikan dan ditinggalkan, maka
umat ini semakin lama semakin merosot. Kemerosotan ini adalah dipelupuri oleh
pembesar dan ulamak yang memegang tapuk pemerintahan telah bermaharajalela
didalam maksiat dan kederhakaan kepada Allah sehingga buncit perutnya, perkara
ini berlaku apabila bermula kebangkitan kerajaan Bani Umaiyah yang leka dan
terus membuat kederhakaan sehinggalah lucutlah pemerintahan kerajaan mereka dan
lucutlah keisteimwaan mereka dimasa itu.
Pada
hari ini pula, amatlah jelas kepada kaum Arab disemananjung Negara Arab telah mula berpecah dikalangan mereka dan
berperang sesama sendiri bagi menegak idiologi masing-masing yang semuanya
adalah menurut hawa nafsu mereka untuk mendapat kekayaan. Dan lihatlah betapa
dahsyat dan hancur satu demi satu Negara Arab dan tumbang tershunkur ketanah
kerana engkar dengan ayat AlQuran dan melanggar perintah Allah.
[previous] [next] [home]
.
RUJUKAN SUMBER,
Ulasan surah 3;
[GS] https://sites.google.com/site/hartasepencarian/3-1/1